15 AYAT TAUBAT DALAM SURAH AT-TAUBAH
Pernahkah kita merasakan dosa terlalu banyak sehingga malu untuk kembali kepada Allah SWT? Hakikatnya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang benar-benar mahu kembali. E-buku 15 Ayat Taubat dalam Surah At-Taubah mengajak pembaca menghayati 15 ayat pilihan yang sarat dengan mesej keampunan, penyesalan, harapan dan peluang untuk berubah. Setiap ayat disertai ulasan yang mudah difahami serta ilustrasi menarik untuk menyentuh hati dan mendorong muhasabah diri. Kesilapan masa lalu bukanlah noktah kehidupan. Selagi hayat masih dikandung badan, masih ada kesempatan untuk berubah. Bertaubatlah dengan ikhlas, bangkitlah dengan harapan dan kembalilah kepada Allah SWT. Rahmat-Nya sentiasa lebih luas daripada kesilapan kita.
Currently No Review